Jul 22, 2010

Bengkel Rekabentuk&Pengeluaran Produk











Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan bengkel untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti. Terdapat 2 acara yang akan berlangsung serentak iaitu Bengkel Perabot Buluh & Rotan dan Bengkel Anyaman Buluh,Rotan & Rinago. Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan rekaan terbaru dan membincangkan kelebihan dan penyelesaian dari segi pembuatan.

Tarikh : 31 Julai hingga 4 Ogos 2010.
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 malam.
Tempat : Pusat Inkubator Kuala Pilah.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jul 21, 2010

Pesta Persukuan Adat Perpatih N.Sembilan 2010

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menyertai Pesta Persukuan Adat Perpatih Negeri Sembilan 2010 pada 17-18 Julai 2010 di Muzium Diraja, Istana Lama Seri Menanti. Seramai 6 orang usahawan kraf telah menyertai jualan sempena program ini. Program ini merupakan acara tahunan anjuran Lembaga Muzium Negeri Sembilan.




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jul 16, 2010

Hari Bertemu Pelanggan

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah mengadakan sesi Hari Bertemu Pelanggan di Kompleks Kraf Negeri Sembilan pada 12 Julai 2010. Program ini telah berlangsung secara serentak di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk mendekati dan memahami masalah - masalah yang dihadapi oleh usahawan, tahap keberkesanan bantuan yang telah diberikan oleh Kraftangan Malaysia kepada usahawan

.



"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jul 15, 2010

Pertandingan Mewarna Tabung Buluh Mini MAHA

Satu pertandingan Mewarna Tabung Buluh telah diadakan pada 10 Julai 2010 sempena Mini MAHA peringkat Negeri Sembilan 2010 di tapak Kem Paroi, Seremban. Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah berkerjasama dengan Tekun Nasional dan Agro Bank dalam merealisasikan aktiviti ini.

Seramai 150 orang kanak - kanak telah menyertai pertandingan ini dan terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori 3-6 tahun, 7-9 tahun dan 10-12 tahun. Sementara menunggu Majlis Penyampaian Hadiah, kanak - kanak ini telah dihiburkan oleh adik Muhammad Wajih Zakwan Bin Hanif, Johan Rancangan Realiti TV Adik - Adikku.

Kraftangan Malaysia juga telah menghantar 6 usahawan kraf untuk menyertai aktiviti jualan dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jul 6, 2010

Lawatan Ke Melaka Anjuran Kelab Sukan & Kebajikan

Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ( KSKKMNS ) telah mengadakan lawatan ke bandar Melaka pada 2 Julai 2010. Seramai 30 orang ahli berserta penasihatnya telah melawat ke Bandar Hilir, menaiki Menara Taming Sari dan makan malam di Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli di samping sebagai tanda penghargaan dan terima kasih KSKKMNS kepada semua ahli - ahlinya.




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Selamat Bertugas

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan mengalu - alukan pertukaran 2 kakitangan iaitu Puan Rugayah bt. Mohd Salleh dan Encik Yusof b. Ab. Halim yang telah melaporkan diri pada awal bulan Julai 2010. Semoga kedatangan mereka ke cawangan ini akan membuatkan prestasi cawangan ini lebih memberangsangkan. Selamat datang ke keluarga Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.


Puan Rugayah Bt. Mohd Salleh


Encik Yusof B. Ab. Halim

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Jul 5, 2010

Salam Perpisahan

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah kehilangan seorang kakitangan iaitu Encik Harmaini Bin Othman yang telah banyak menaburkan jasa kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dan usahawan - usahawan negeri ini. Beliau telah ditukarkan ke ibu pejabat di Bahagian Strategi Koporat. Jasa beliau akan sentiasa dikenang oleh kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.


Encik Harmaini Bin Othman

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"