Jun 27, 2012

Gotong-royong di Pusat Inkubator Kuala Pilah


Pada 9 Jun 2012 anggota kerja Kraftangan Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekeliling di Pusat Inkubator Kuala Pilah dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.Gotong royong kali ini hanya bertumpu di sekeliling kawasan Pusat Inkubator yang telah ditebas dan ditebang pokok oleh kontraktor yang dilantik. Oleh kerana kekangan bajet skop kerja tersebut tidak termasuk kos membersih kawasan. Oleh yang demikian, pihak Pengurusan mengambil initiatif mengadakan gotong royong agar kawasan tersebut bersih dan terjaga. Gotong royong tersebut bukan sahaja di sertai oleh semua anggota kerja dari Kompleks Kraf Seremban, Pusat Inkubator Simpang Pertang tetapi turut dibantu oleh semua pelatih Latihan Jangka Pendek (LJP) di Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah. Terima kasih diucapkan kepada semua kerana hasil kerjasama semua kita dapat melaksanakan gotong royong pada kali ini dengan jayanya.





"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"