Nov 27, 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA NEGERI SEMBILAN 2012





Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia Negeri Sembilan 2012 pada 4 hingga 8 Disember 2012 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di pekarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Diantara aktiviti yang diatur adalah jualan produk kraf, jualan masakan tradisional, interaktif kraf, persembahan kesenian dan kutipan amal ‘Untukmu GAZA’, pertandingan permainan tradisional, pertandingan masak lomak cili api dan pelbagai aktiviti lain yang menarik menanti anda. 

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf Malaysia 2012.





Sebarang pertanyaan, boleh hubungi

Urusetia Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Sembilan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan
Kompleks Kraf Cawangan Negeri Sembilan
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503, Seremban
Negeri Sembilan
06-7671388 ( Tel )
06-7671450 ( Faks )


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 21, 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI PASAR RAYA






Orang ramai di jemput hadir ke Promosi Kraf Malaysia anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan pada 21-25 November 2012 pukul 9.30 pagi hingga 10.30 malam bertempat di Pasar Raya Besar Giant Senawang, Seremban.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Nov 8, 2012

PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM

Sukacita diingatkan  Kraftangan Malaysia sedang mengadakan Promosi Kraf Inspirasi Alam 2012 yang berlangsung sehingga 11 November 2012 jam 10.00 pagi - 10 malam. Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk datang ke promosi ini. Masuk adalah percuma...

Layari www.kraftangan.gov.my untuk maklumat lanjut.

- JANGAN KETINGGALAN -

Nov 7, 2012

Perhimpunan Bulanan & Aktiviti KSKKMNS



Pada tanggal 31 Oktober 2012 (Rabu)  pihak pengurusan Kraftangan Malaysia dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (KSKKMNS) telah mengadakan Sambutan Hari Lahir Anggota Kerja  kerja yang lahir pada bulan Ogos, Oktober dan November iaitu   iaitu Encik Ab Halim Ab Wahab, Encik Syed Jamaludin Syed Mohd Amin, Puan Norashela Abas dan Puan Rahimah Ibrahim.  


Majlis dimulakan dengan  bacaan Yasin dan Majlis tahlil bagi anggota kraftangan Cawangan Pahang iaitu arwah  Aziruddin Mohd Noor yang telah kembali ke rahmatulallah dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal kita. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Anggota Kerja.  Pada sebelah petang diadakan upacara memotong kek dan penyampaian hadiah hari lahir daripada KSKKMNS. Pada sebelah petang pula diadakan pertandingan pertandingan bowling di Seremban Parade. Semua anggota kerja menunjukkan bakat yang terpendam dan pertandingan tersebut telah di menangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Encik Yusof Ab Halim. Tahniah diucapkan...






Majlis Tahlil & Bacaan Yasin
Mesyuarat Anggota Kerja Bilangan 5/2012

Sumbangan dari Kelab Sukan&Kebajikan PKKM Negeri Sembilan


Kek Hari Jadi ...mmm sedap...
En.Syed,Puan Shela,Puan Rahimah & En Ab Halim memotong kek hari lahir mereka




Aksi -aksi semasa pertandingan bowling












Juara Bowling
Kumpulan Naib Juara
Tempat Ketiga
Pemenang bakat terpendam

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"