Dec 21, 2015

FESTIVAL KRAF JOHOR 2015

FESTIVAL KRAF JOHOR 2015

          
SERAMAI 19 USAHAWAN KRAF NEGERI SEMBILAN MENYERTAI FESTIVAL KRAF JOHOR PADA KALI INI, SENARAI SEPERTI BERIKUT :

  TEKSTIL

  1. M&M MUSTIKA ENTERPRISE - BATIK
  2. AB HIJRAH ENTERPRISE - BATIK
  3. D KESUMA COLLECTION - BATIK
  4. AL EIMAN MURNI - SULAMAN
  5. SITY AFNAN BINTI DAWI - SULAMAN
  6. ROSLAN BIN SALBAINI - JAHITAN SONGKOK

HASIL RIMBA
  1. TEMUAN ABO CRAFT - KAYU
  2. NOBEL CRAFT HERITAGE - KAYU
  3. ANAI CREATION ENTERPRISE - KAYU
  4. KRAF BULUH DAN ROTAN RAMZI RAMZI - BULUH DAN ROTAN
  5. SAUDAGAR BAMBOO ENTERPRISE - PERABOT BULUH
  6. JURIAH KRAF - ROTAN
  7. BINTARA KRAF - ROTAN
  8. SAFIRAH ENTERPRISE SDN BHD - ROTAN
  9. ZAFIALNO ENTERPRISE - ROTAN

LOGAM
  1. GALOR MEWAH ENTERPRISE - BESI (PARANG)

ANEKA KRAF
  1. LYADIENA RESOURCES - KULIT SIPUT
  2. SANDY SASAKI ENTERPRISE - UKIRAN INAI
  3. NAS SPA BEAUTY AND BRIDAL ACADEMY - UKIRAN INAI


SAKSIKAN DAN ALAMILAH KEINDAHAN PRODUK KRAF BUATAN MALAYSIA DENGAN MENGUNJUNGI FESTIVAL KRAF JOHOR YANG BERLANGSUNG MULAI 24 – 29 DISEMBER 2015, JAM 10.00 PAGI – 10.00 MALAM, BERTEMPAT DI PADANG A, ANGSANA JOHOR BAHRU MALL.

MASUK PERCUMA.




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

SELAMAT BERTUGAS

 SELAMAT BERTUGAS 

Pada 1 Disember 2015 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima Pegawai Pentadbiran baru iaitu Puan Norshamsina Binti Abdul Raub. Beliau memenuhi kekosongan yang ditinggalkan Puan Rosmaliza yang berpindah ke cawangan Kelantan. Puan Norshamsina sebelum ini bertugas di Institut Kraf Negara.




Semoga Negeri Sembilan terus berjaya atas khidmat beliau. Kami warga kraf Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan Puan Norshamsina Binti Abdul Raub dan akan memberikan kerjasama penuh dalam merialisasikan kehendak pengurusan dalam meningkat dan memajukan industri kraf di negeri bertuah ini.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Dec 7, 2015

PROMOSI KRAF MALAYSIA @ NS

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015
TESCO EXTRA SEREMBAN JAYA



 Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sedang mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Seremban Prima pada 9 - 13 Disember 2015.

Diantara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang promosi berlangsung dalah seperti berikut :



SEMUA DIJEMPUT HADIR

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Oct 15, 2015

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015 @ NS

 PROMOSI KRAF MALAYSIA 2015
SEREMBAN PRIMA


Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sedang mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Seremban Prima pada 14 - 18 Oktober 2015.

 Diantara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang promosi berlangsung dalah seperti berikut :

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Oct 9, 2015

HARI SUKAN NEGARA 2015

Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan bersama-sama mengajak semua rakyat Malaysia beramai-ramai merayakan Hari Sukan Negara yang diadakan pada 10 Oktober 2015 di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Juga jangan ketinggalan jualan murah kelengkapan sukan untuk jenama-jenama seperti berikut :




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 8, 2015

Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2015

32 Negara Bakal Sertai Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2015


Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) yang diadakan bermula 10 hingga 13 September 2015 iaitu selama 4 hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2015 merupakan salah satu aktiviti anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Kraftangan Malaysia dalam usaha mempromosikan produk kraf tempatan ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, festival ini juga merupakan platform kepada usahawan-usahawan kraf tempatan mahupun antarabangsa mempelajari dan bertukar maklumat mengenai kraf dan budaya di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, festival ini mampu memperluaskan rantaian perniagaan di kalangan para pengeluar kraf dan pempamer, bahkan juga menjadi tarikan baru dan kelainan kepada para pengunjung.

Sebanyak 32 buah negara mengambil bahagian antaranya Azerbaijan, Bhutan, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Nepal, Pakistan, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki, Bosnia, Egypt, Republic of Guinea, Tanzania, Mauritius, Ghana, Mexico, Amerika Syarikat, Ecuador, Peru dan Venezuela.

Bertemakan ‘Kraf Menyatukan Masyarakat’, festival ini mengetengahkan 430 orang usahawan menerusi aktiviti seperti jualan kraf, demonstrasi dan persembahan kebudayaan.  Pelbagai aktiviti sempena Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF 2015) iaitu seperti jualan kraf (domestik dan antarabangsa), demonstrasi (antarabangsa) seperti pembuatan kasut (Bosnia), ukiran jade (China), ukiran kayu (Ecuador), sulaman tangan (India), perhiasan dan aksesori (India), lukisan benang/ ukiran jade (Mexico), ukiran batu jade (Mexico), sulaman (Morocco), tenunan (Filipina), pareo (USA) dan tekstil ikat celup (Uzbekistan). Demonstrasi (domestik) pula mengetengahkan pembuatan seperti sulaman nyonya, tekatan, sulaman kelingkam, selendang, tudung saji (rotan & mengkuang), gambus, tembaga, mata parang, aksesori cincin dan gelang serta kuda kepang.

Saksikan juga Persembahan Kebudayaan Antarabangsa seperti iaitu Mexican Folk Music  dari Mexico, Tarian Jyapu Dhimey dari Nepal, Tarian Peruvian Folk dari Peru dan Tarian Tidtu Paganay dari Filipina selain Tarian Topeng dan Tarian Naga Cina yang mewakili Malaysia.

Terdahulu, Majlis Sidang Media Kuala Lumpur International Craft Festival (KLICF) 2015 disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 1 September lalu bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Seri Siti Azizah binti Sheikh Abod, Pengerusi Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Sep 1, 2015

CITRAWARNA @ KUALA LUMPUR 2015

CITRAWARNA @ KUALA LUMPUR 2015

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) akan menganjurkan acara Citrawarna@Kuala Lumpur seperti berikut:- 

17 Oktober 2015 (SABTU) 
8 malam 
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 
Masuk PERCUMA 
Pre-Show 6.30 petang



Tujuan acara ini dianjurkan untuk menonjolkan kekayaan budaya dan warisan negara kepada pelancong dalam dan luar negara selain memperkenal dan mempromosikan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia kepada dunia. Acara gilang gemilang ini bakal menampilkan kelainan dengan persembahan memukau yang menggunakan kesan-kesan khas bunyi dan visual yang dapat memberikan pengalaman luar biasa kepada penonton yang hadir pada malam itu. Persembahan Citrawarna@Kuala Lumpur ini dibawakan khas MOTAC dan diarahkan oleh ikon seni persembahan tanah air iaitu pengarah dan juga pelakon terkenal, Datin Seri Tiara Jacquelina. 


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"



Aug 27, 2015

HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2015

     SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2015

     Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan ingin mengajak semua pihak di pelbagai peringkat Kementerian/Jabatan/ agensi dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi kerjasama dan sokongan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan negara melalui pengibaran Jalur Gemilang di sekitar premis demi menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada tanah air negara tercinta.


#sehatisejiwa


" BUDI BAHASA BUDAYA KITA "

Aug 26, 2015

SELAMAT BERTUGAS

          Pada 17 Ogos 2015 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima Pengarah baru iaitu Encik Abdul Halim Bin Ali. Beliau menggantikan Encik Ibrahim Bin Ismail yang ditugaskan sebagai Pengarah kanan di Ibu Pejabat. Encik Abdul Halim sebelum ini bertugas di Bahagian Rekaan dan Penyelidikan Ibu Pejabat.

Abdul Halim Bin Ali
        
         Semoga Negeri Sembilan akan lebih berjaya bersama pimpinan beliau. Kami warga kraf Negeri Sembilan mengalu-alukan kedatangan Encik Abdul Halim Bin Ali dan akan memberikan kerjasama penuh dalam merialisasikan kehendak pengurusan dalam meningkat dan memajukan industri kraf di negeri bertuah ini.


" BUDI BAHASA BUDAYA KITA "

Apr 16, 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR - JURUSAN SENI KRAF ROTAN DAN BULUH 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PELAJAR INSTITUT KRAF NEGARA 
JURUSAN SENI KRAF ROTAN DAN BULUH 2015

          Pada 7 Mac 2015 yang lalu Pusat Inkubator Kraf Buluh Simpang pertang menerima lawatan Pelajar Jurusan Seni Kraf Rotan dan Buluh bagi tahun 2015. Buat pertama kalinya Ketua Jurusan Seni Kraf Rotan En. Norizwan Mat Nor bersama pengajar IKN En Saiful Bahri Mohd Nordin, Pn Norashela Abas dan En Shaiful Fadly Md Hairuddin membawa lawatan pelajar ke sini. Lawatan bertujuan mempelajari hal-hal berkaitan buluh dari segi pengawetan dan jenis bahan buluh, produk, pembangunan produk, dan rekaan. Semoga perkongsian yang sedikit dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pelajar-pelajar. Terima kasih kepada pihak pengurusan IKN khususnya ketua jurusan rotan En. Norizwan Mat Nor kerana sudi melawat dan sama-sama berkongsi ilmu yang diharapkan bermanfaat.




         Hari yang sama selepas makan tengahari di Simpang Pertang, rombongan diteruskan ke bengkel usahawan kraf buluh iaitu Serting Ilir Kraf. Empunya syarikat Tuan Haji Anuar Awang bersungguh berkongsi pengalaman dalam pembabitan beliau dalam pembutan produk kraf buluh. Diakhir sesi lawatan, sesi soal jawab bersama usahawan diadakan dan seterusnya menikmati jamuan kuih tradisional yang disediakan tuan rumah. Lawatan berakhir jam 3 petang.








Kami wargfa kraf Negeri Sembilan sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan IKN khususnya Jurusan Seni Kraf Rotan dan Buluh kerana sudi membawa pelajar ke Negeri Sembilan.

Semoga di bawah kendalian En Norizwan, Jurusan Seni Kraf Rotan dan Buluh akan terus maju jaya dan kepada pelajar-pelajar diucapkan semoga berjaya.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Apr 14, 2015

MAJLIS PENYERAHAN CEK INSURANS

MAJLIS PENYERAHAN CEK INSURANS KEPADA 
WARIS ALLAHYARHAM EN MOHAMAD AZIZI BIN HUSSIN

Pada 14 April 2015 berlangsung majlis penyerahan cek insurans nyawa kepada waris anggota kerja Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan iaitu En Mohamad Azizi Bin Hussin yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Feb2015 yang lalu.

Penyerahan cek tersebut disempurnakan oleh En Chiptoh Bin Paratoh Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia bersama Timbalan Pengarah Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan Puan Hayati Binti Ilias yang diterima oleh isteri arwah Puan Rozita.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah kedua-dua orang tua arwah.

Majlis berakhir dengan 2 kata hikmat :

1. 
SETIAP UJIAN YANG ALLAH BERI PASTI ADA HIKMAHNYA
SEMAKIN ALLAH SAYANG KEPADA SESEORANG HAMBANYA, 
SEMAKIN KUAT UJIAN BUATNYA.

2.
APABILA KITA REDHA PADA SESUATU YANG MENGECEWAKAN HATI KITA,
MAKA PERCAYALAH ALLAH AKAN MENGGANTIKAN KEKECEWAAN ITU 
DENGAN SESUATU YANG TIDAK DIJANGKA.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, semoga keluarga arwah redha dan diberi kekuatan atas ujian yang diberi.

Berikut sedikit foto kenang-kenangan majlis :




AL-FATIHAH


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Mar 2, 2015

KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KERJA

KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA KERJA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Berkuatkuasa 1 Mac 2015 warga kraf Negeri Sembilan menerima berita gembira
apabila Tuan Syed Jamaluddin Bin Syed Mohd Amin dinaikkan pangkat ke Pereka B32 dan 
Puan Waheeda Bt Md Hussain dinaikkan pangkat ke Pen. Peg Ehwal Ekonomi E38.

Kepada kedua-dua penama, tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.
Wajah mereka di bawah :


TUAN SYED JAMALUDDIN ( TENGAH )

PUAN WAHEEDA (TENGAH )


Kami seluruh warga kraf Negeri Sembilan mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah
"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Feb 27, 2015

MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH

MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH
EN IBRAHIM BIN ISMAIL

Pada 26 Januari 2015 yang lalu, Kraftangan Malaysia Negeri Sembilan mengadakan satu majlis perpisahan
Pengarah iaitu En Ibrahim Ismail. Perpisahan yang amat dirasai seluruh warga kraf Negeri Sembilan.

ikuti video perpisahan khas buat En Ibrahim dibawah :


Semoga En Ibrahim sukses di Kraf Holding.


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

MAJLIS PERSARAAN EN MOHD NASIR BIN KAIMI

MAJLIS PERSARAAN
MOHD NASIR BIN KAIMI

Pada tanggal 9 Jan 2015 berlangsung majlis persaraan orang lama Kraftangan Malaysia 
Negeri Sembilan iaitu En Mohd Nasir Bin Kaimi. Persaraan beliau adalah satu kehilangan yang amat dirasai 
pengurusan Kraftangan Malaysia khususnya Negeri Sembilan.

Ikuti ringkasan kerjaya beliau melalui video dibawah :



  Foto kenang-kenangan bersama :



Kami warga kraf terutamanya Negeri Sembilan mengucapkan selamat bersara
dan terima kasih.

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

MAKMAL PEMBANGUNAN PRODUK BARU BULUH DAN ROTAN 2015

MAKMAL PEMBANGUNAN PRODUK BARU BULUH DAN ROTAN
SEMPENA HKK 2015

Berlangsung pada 8 - 12 Disember 2014 di bengkel Kuala Pilah.
Rekaan dan senarai peserta terlibat adalah seperti nukilan video di bawah :


Semoga usahawan kraf Negeri Sembilan berjaya mengeluarkan produk-produk baru 
dan seterusnya menempa nama di Conlay kelak.


Lagu Asal Diambil dari video di bawah :




"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

Feb 26, 2015

HARI KRAF KEBANGSAAN 2015


Hari Kraf Kebangsaan 2015. Jangan ketinggalan.. 
Datanglah beramai-ramai


"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"