Apr 26, 2017

MAJLIS SEKALUNG PENGHARGAAN

Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Sekalung Penghargaan pada 21 April 2017 bersamaan 24 Rejab 1438H bertempat di Bengkel B1. Majlis bagi meraikan anggota kerja cawangan yang bersara iaitu Encik Ghazali Tahir, Encik Razali Ishak dan Puan Sharifah Mohd Nor serta pertukaran Pengarah, Encik Abdul Halim Ali ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah. Majlis ini turut dihadiri Yang Berusaha Encik Mohd Noor Effendy bin Abdul Karim, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan. 

 






Berikut adalah info berkenaan pesara-pesara yang diraikan:

Encik Ghazali Tahir yang lebih mesra dipanggil 'Atuk' telah berkhidmat sebagai anggota kerja Kraftangan Malaysia selama 40 tahun dan bersara wajib pada tanggal 22 Mac 2017 yang lalu. 




Manakala Encik Razali Ishak telah berkhidmat selama 33 tahun dan memilih untuk bersara pilihan pada 1 April 2017. 
  
Puan Sharifah Mohd Nor pula  memilih untuk bersara pilihan pada 2 Mei 2017 setelah berkhidmat selama 38 tahun bersama Kraftangan Malaysia.
  
Pihak cawangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pesara-pesara diatas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi anggota kerja Kraftangan Malaysia dan mendoakan semoga pesara-pesara dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera. 

"BUDI BAHASA BUDAYA KITA"

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH